comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Saingan tiga penjuru di Jepak

 

BINTULU:  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, pada 4 November ini menyaksikan saingan tiga penjuru.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mencalonkan Iskandar Turkee, 54, ditentang calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang, 42, dan calon Parti Aspirasi Rakyat (ASPIRASI), Chieng Lea Phing, 62.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey, di Pusat Penamaan Calon di Dewan Suarah Bintulu jam 10.30 pagi ini.

PRK DUN Jepak diadakan selepas penyandang kerusi itu Datuk Talib Zulpilip, 72, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada 13 September lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12), Allahyarham Talib mendapat 6,277 undi mengatasi calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Raba’ah Tudin (2,034), calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang (587) dan calon Bebas, Tuah Kazan (141).

DUN Jepak mula dijadikan kawasan DUN pada 1996 dan mula dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada tahun sama.

Sejak itu, DUN Jepak diwakili oleh Talib dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hingga PRN terakhir pada 2021.

Calon GPS-PBB, Iskandar yang juga anak jati Jepak adalah bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak.

DUN Jepak mempunyai seramai 22,804 dengan majoriti pengundi adalah Melayu/Melanau.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini