comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK Kemaman: Juruteknik tidak sempat mengundi

CHUKAI: Seorang lelaki terkilan kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selepas tiba lewat di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai di sini hari ini.

Khairul Anuar Alias, 43 yang bekerja sebagai juruteknik memasuki pekarangan pusat mengundi SK Chukai tepat jam 6 petang.

Menurut Khairul Anuar, dia bersama isterinya bertolak dari Ampang, Selangor ke Kemaman kira-kira jam 2 petang untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

“Saya memang nak balik awal tetapi ada hal yang tidak dapat dielakkan dan sebaik selesai, sayabergegas pulang.

“Pada mulanya semua berjalan lancar namun berlaku kesesakan yang teruk di sempadan antara Pahang dan Terengganu.

“Saya tersangkut hampir 20 minit di situ dan berjaya masuk ke pusat mengundi pada jam 6 petang tetapi petugas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memaklumkan proses pengundian sudah tamat.

“Memang sedih sebab saya tıdak pernah gagal untuk mengundi tetapi peraturan tetap peraturan dan tak salahkan SPR kerana mereka hanya menjalankan tugas,” katanya yang mengundi untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini