comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK Kemaman: Warga emas mengundi kali ke-11

Aminah Hassan menunjukkan jarinya selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Kerteh. Foto: NSTP

CHUKAI: Mengundi itu tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

Pendapat itu yang diutarakan seorang pesara guru Aminah Hassan, 74, ketika menunaikan tanggungjawabnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Sekolah Kebangaaan Kerteh, hari ini.

“Saya sentiasa pergi mengundi. Rasanya ini merupakan kali ke 11 saya mengundi untuk negara,” katanya.

Aminah berkata, dia akan rasa bersalah sekiranya tidak menunaikan kewajipan itu demi negara tercinta.

“Sebagai rakyat Malaysia kena pergi mengundi, itu tanggungjawab kita kerana kita nak negara kita dipimpin aman sejahtera.

“Kalau negara sejahtera rakyat dapat hidup dengan aman. Tak kira apa bangsa sekali pun, kita Malaysia perlu hidup aman damai tolong menolong,” katanya selepas membuang undi di Sekolah Kebangaaan Kerteh, hari ini.

Ketika ditanya siapakah calon yang diundi pada Pilihanraya Kecil PRK Kemaman kali ini, Aminah berkata, undi itu adalah rahsia.

Namun, kata Aminah yang tinggal di Kampung Labohan Kerteh berharap calon yang menang, perlu menjadi wakil rakyat yang bertanggung jawab.

“Kena tengok semua kampung, apa masalah orang miskin di kampung, jalan, longkang, parit sungai semua kita tengok, kena bertindak segera.

“Jadi wakil rakyat ni bukan banyak cakap,mesti buat kerja untuk rakyat, jagalah rakyat sebolehnya jangan pakai orang tengah (wakil yang berhormat) untuk tengok kampung.

“Bila harap pada wakil, tak jadilah…pasal kalau orang tengah, setiap masalah rakyat pasti gagal diselesaikan dengan cepat,” katanya.

Katanya, sebagai wakil rakyat, kena ingat tanggung jawab sangat besar, kena korban sebagainya kerana tugas wakil rakyat perlu ada kejujuran dan keikhlasan.

“Kita bukan kena jujur pada rakyat kena jujur dalam mendapat keredaan kerana setiap apa yang kita lakukan kita akan diperhatikan Allah.

“Mak cik ajar mengaji budak-budak tak pernah ambil upah, mak cik nak mencari keberkatan dan keredaan daripada tuhan sebelum mak cik menutup mata,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini