comscore
Tumpuan :
Nasional

[LANGSUNG] RASMI: PAS pertahan kerusi Parlimen Kemaman

Ikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman hari ini, 2 Disember 2023.


PAS mengekalkan penguasaan di Parlimen Kemaman apabila calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang dengan majoriti  37,220 bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Berita penuh: [RASMI] PRK Kemaman: Dr Sam menang selesa


 

Strim langsung pengumuman keputusan PRK Kemaman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu.

RASMI: PAS pertahan kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 37,220 undi.


9.49 malam- [TIDAK RASMI] PRK PARLIMEN KEMAMAN P.040

BN – 27,114 undi

PAS – 63,960 undi

Jumlah peti undi dikira 244/249


 

9.39 malam- [TIDAK RASMI]  PRK PARLIMEN KEMAMAN P.040

BN – 23,512 undi

PAS – 56,424 undi

Jumlah peti undi dikira 215/249


9.15 malam- [TIDAK RASMI] Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus mendahului dengan selesa apabila mendapat majoriti 38,197


9.15 malam- [TIDAK RASMI] Calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 15,004


8.50 malam- [TIDAK RASMI] PRK PARLIMEN KEMAMAN P.040

Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus mendahului dengan selesa apabila mendapat majoriti 37,129 undi.


8.40 malam: [TIDAK RASMI] PRK PARLIMEN KEMAMAN P.040

Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti 36,920 undi.


Penyokong PAS berkumpul mendengar keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Arena Square, Chukai. Calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar setakat jam 8.30 malam mendahului dengan majoriti lebih 30,000 undi.

Foto: NSTP

8.30 malam- Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus mendahului dengan majoriti 33,820 undi

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 58,843 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 25,023 undi.


Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS mengekalkan kerusi itu dengan majoriti selesa.

Berita penuh: [TIDAK RASMI] PRK Kemaman : PAS menang majoriti selesa


8.20 malam – [TIDAK RASMI] PRK PARLIMEN KEMAMAN P.040

Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti 31,712 undi.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 55,519 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 23,807 undi.

Ahmad Samsuri sudah melepasi majoriti 27,179 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

 


8.15 malam-  Penyokong PAS mula memenuhi Arena Square, di Chukai, bagi mengikuti perkembangan keputusan PRK Kemaman.

Mereka mula mengikuti keputusan tak rasmi yang dipaparkan melalui skrin besar.

Foto: NSTP

8.27 malam – [TIDAK RASMI] PRK PARLIMEN KEMAMAN P.040

BN – 7,588 undi

PAS – 1,7972 undi


 

8.14 malam – Sebanyak 40 daripada 244 peti undi tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Foto: NSTP

 


8.14 malam – [TIDAK RASMI] PRK PARLIMEN KEMAMAN P.040

PAS mendahului dengan majoriti sebanyak 30,881 undi.


7.50 malam- [TIDAK RASMI] PRK PARLIMEN KEMAMAN P.040

PAS masih mendahului dengan 29,550 undi berbanding BN 13,041 undi


7.43 malam – [TIDAK RASMI] PRK PARLIMEN KEMAMAN P.040

BN – 1,885 undi

PAS – 3,593 undi


7.30 PM – [TIDAK RASMI] PRK PARLIMEN KEMAMAN P.040

BN – 804 undi

PAS – 924 undi


Peti undi  bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman mula tiba di Pusat Penjumlahan Undi,  di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman jam 6.18 minit petang.

Peti undi pertama dari Sungai Pergam disusuli peti undi kedua dari SK Seri Iman.


[LANGSUNG] Liputan khas proses pengiraan undi PRK P.040 Kemaman

Sumber: SPR


Petugas SPR mengemas peralatan selepas pusat mengundi ditutup secara rasmi pada jam 6 petang di Sekolah Kebangsaan Chukai.

Foto: NSTP
Foto: NSTP

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang bermula sejak jam 8 pagi tadi, selesai selepas 49 pusat pengundian ditutup pada jam 6 petang.

petugas SPR mengemas peralatan selepas pusat mengundi telah ditutup secara rasmi pada jam 6 petang di Sekolah Kebangsaan Chukai

Berita penuh: PRK KEMAMAN : Pusat pengundian ditutup, proses penjumlahan undi bermula


Strim langsung terkini penutupan pusat undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Kolej Vokasional Kemaman, Binjai, bersama wartawan Mohd Ishak Abdillah Ngah.

 


CHUKAI: Hujan lebat di beberapa kawasan tidak menghalang orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Hujan tidak menghalang pengundi ke pusat mengundi di SK Bukit Mentok pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.040 Kemaman

Berita penuh: Pengundi masih tunai tanggungjawab biarpun hujan


 

CHUKAI: Polis mengingatkan penyokong parti bertanding supaya tidak melakukan perarakan selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diumumkan malam nanti.

Berita penuh: PRK Kemaman: Tidak dibenarkan mengadakan perarakan selepas keputusan – Polis


4:00 Petang: 60 peratus keluar mengundi setakat 4 petang.

Sumber: SPR


Pengundi menghilangkan dahaga selepas selesai memgundi di SK Seri Iman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Foto: NSTP

3:35 Petang: Peratus pengundi keluar mengundi sehingga jam 3 petang: 55%

Sumber: SPR

Foto: NSTP

2:21 Petang: Peratus pengundi keluar mengundi bagi sehingga jam 2 petang: 48%

Sumber: SPR


1:50 Petang: Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK Parlimen P.040 Kemaman, Terengganu sehingga jam 1 tengah hari: 42%

Sumber: SPR


12:56 Tengah Hari: Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK Parlimen P.040 Kemaman, Terengganu sehingga jam 12 tengah hari: 35%

Sumber: SPR

Foto: NSTP

12:18 Tengah Hari: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh bersama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, meninjau pusat mengundi di SMK Geliga.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh bersama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, meninjau pusat mengundi di SMK Geliga.

12:08 Tengah Hari:

Calon BN, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyantuni Mohamad Boto, 55, yang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh. FOTO: NSTP
Calon PAS Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar beramah mesra bersama orang ramai yang hadir mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh. – FOTO: NSTP

11.33 Pagi:Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK Parlimen P.040 Kemaman, Terengganu sehingga jam 11  pagi: 27%

Sumber: SPR


10:27 Pagi: Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK Parlimen P.040 Kemaman, Terengganu sehingga jam 10 pagi: 18%

Sumber: SPR

 


9:58 Pagi: Strim langsung terkini proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman bersama wartawan Mohd Ishak Abdillah Ngah.


9:23 Pagi: Peratusan pengundi keluar mengundi bagi PRK Parlimen P.040 Kemaman, Terengganu sehingga jam 9  pagi: 9%

Sumber: SPR


9.00 Pagi: Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berlangsung hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu diantara calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan calon PAS, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Laporan bersama wartawan Mohd Ishak Abdillah.


8.10 pagi – Cuaca baik sebelah pagi dan tidak hujan mendorong orang ramai keluar awal untuk mengundi.

141, 043 pengundi pilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Kemaman dengan 49 pusat mengundi dan 244 saluran dibuka.

Suasana di Pusat mengundi di buka 8 pagi di SMK Sultan Sulaiman pada hari mengundi bagi PRK P040 Kemaman. FOTO: NSTP

 

Loading...
Terkini