comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRN 2023: Penerbangan dron perlu kelulusan – CAAM

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

CAAM dalam perkongsian di Facebook rasminya memaklumkan larangan itu bagi memastikan kelancaran pilihan raya selain mengelakkan kejadian tidak diingini terutama  membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai khususnya pengundi.

“Larangan ini termasuk pada tiga tarikh penting yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu hari penamaan calon pada 29 Julai, pengundian awal pada 8 Ogos dan hari pengundian pada 12 Ogos, serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen selepas hari penamaan calon,” menurut CAAM.

Foto: CAAM / Facebook

Agensi itu turut mengingatkan   sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk mengikut Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs). – BERNAMA

Loading...
Terkini