comscore
Tumpuan :
Nasional

Program ‘Jom Ziarah Gereja’ esok dibatalkan – Impact Malaysia

KUALA LUMPUR: Pihak penganjur membatalkan Program ‘Jom Ziarah Gereja’ yang dijadualkan esok di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang.

Program berkenaan adalah satu inisiatif bawah ‘Projek Artikel 11 diterajui Impact Malaysia iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir ketika dihubungi BH berkata, program berkenaan tidak akan berlangsung esok susulan keputusan Menteri KBS, Hannah Yeoh di Parlimen, baru-baru ini.

Difahamkan, paderi gereja berkenaan Paderi Gregory Chan juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Inisiatif program dikatakan bertujuan membuka minda belia Malaysia mengenai budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa melalui lawatan serta aktiviti sukarelawan di Lembah Klang.

Selasa lalu, Menteri KBS, Hannah Yeoh turut menjelaskan di Dewan Rakyat ketika ucapan penggulungan Belanjawan 2023, bahawa program berkenaan tidak membabitkan individu beragama Islam dalam aktiviti ziarah gereja.

Beliau dilaporkan berkata, program berkenaan bukan bertujuan untuk memberi gambaran semua agama yang dianuti rakyat Malaysia adalah sama rata.

“Mengenai pendaftaran Jom Ziarah Gereja, pihak kementerian menerusi Impact Malaysia sememangnya tidak akan membabitkan penyertaan belia muslim dan tidak ada belia muslim yang akan memasuki gereja ini.

“Ia juga bukan dilakukan dengan niat memberi gambaran bahawa semua agama itu mempunyai taraf yang sama seperti anggapan beberapa pihak,” katanya.

Semalam, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, membuat laporan polis terhadap Hannah, mendakwanya menyebarkan agama Kristian kepada belia Islam melalui program yang dikaitkan dengan kementeriannya.

Loading...
Terkini