comscore
Tumpuan :
Nasional

Raja Permaisuri Agong beri penghormatan akhir kepada dua anggota polis yang terkorban

JOHOR BAHRU: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi semalam.

Baginda tiba jam 11.40 pagi di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor dan disambut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Raja Permaisuri Agong meluangkan masa kira-kira 10 minit menyantuni ahli keluarga kedua-dua anggota terbabit, selain berkenaan menyampaikan sumbangan peribadi.

Terdahulu jenazah kedua-dua anggota berkenaan tiba di masjid berkenaan pada jam 9.30 pagi dan disembahyangkan jam 10.40 pagi.

Jenazah Ahmad Azza Fahmi akan dikebumikan di Bidor, Perak, manakala Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq pula di Gambang, Pahang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini