comscore
Tumpuan :
Nasional

Raja Permaisuri Agong Gesa Ramai Wakil Wanita Di Kementerian

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pemimpin wanita digesa meneruskan usaha memperjuangkan lebih ramai perwakilan di peringkat kementerian.Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bertitah wanita banyak memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

“Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wanita mewakili 50 peratus daripada keseluruhan pengundi di dunia dan hanya mewakili peratusan kecil di peringkat kementerian.

“Sehubungan itu, perlunya anda tuntut (lebih pembabitan wanita) kerana tanpa undi wanita….. itu sahaja saya tak perlu sambung,” titahnya sempena Sambutan Hari Wanita ke-60 anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), di sini.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Pada masa sama, Tunku Azizah bertitah, wanita juga perlu memainkan peranan utama sebagai watak pendamai kepada negara untuk membawa keamanan dalam keadaan situasi memerlukan.- BERITA HARIAN

Loading...
Terkini