comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ramadan di PPS, beri pengalaman berbeza

BATU PAHAT: Menjalani ibadah puasa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ternyata pengalaman di luar jangka bagi penduduk terkesan banjir di Batu Pahat, Johor.

Meskipun dalam suasana serba sederhana, namun kehadiran Ramadan tetap disambut walaupun dalam keadaan berbeza.

Penghulu Kanan Mukim Simpang Kiri Batu Pahat, Mohamed Yusof Abu Bakar yang ditemui wartawan Buletin TV3 berkata, pihaknya menyusun pelbagai aktiviti termasuk bergotong-royong menyediakan juadah berbuka serta bersahur dan mengadakan solat tarawih bagi mewujudkan suasana Ramadan di PPS.

“Kita sebenarnya telah mengatur beberapa program pengisian untuk mangsa-mangsa banjir yang berpindah di PPS ni. Antaranya mewujudkan semangat gotong royong dan kita masak makanan bersama-sama.

“Sempena Ramadan yang mulia ini kita juga mengerjakan ibadah solat terawih berjemaah brsama di PPS ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penduduk yang masih terkesan banjir, Baharudin Jalal mengakui disebalik musibah banjir yang melanda, ia juga secara tidak langsung mewujudkan semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim sesama manusia.

“Saya juga mangsa banjir yang terlibat sama. Agak suram sedikit Ramadan tahun ini. Kita tidak menjangka musibah ini, walau bagaimanapun saya redha di atas ketentuanNya. Mungkin ada hikmah disebaliknya,” katanya.

Loading...
Terkini