comscore
Tumpuan :
Nasional

Ramalan angin kencang, ribut petir di beberapa negeri pagi ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Angin kencang, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di beberapa buah negeri sehingga jam 9 pagi ini.

Menerusi siaran di Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan pada jam 5.55 pagi tadi, kawasan yang terlibat ialah Rembau, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Melaka dan Sarawak, membabitkan kawasan Kapit dan Bukit Mabong dijangka turut mengalami keadaan cuaca sama.

Sementara itu, pada sebelah pagi ini di Semenanjung, MetMalaysia meramalkan hujan berlaku di beberapa tempat di Pahang dan Melaka, hujan di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor manakala di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiada hujan.

Di Sabah pula, hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di Tawau, Sandakan dan Kudat manakala di kawasan pedalaman, Pantai Barat dan Labuan, tiada hujan.

Di Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu, Sarawak, cuaca diramal mendung manakala di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Miri dan Limbang, tiada hujan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini