comscore
Tumpuan :
Nasional

Rasuah di KLIA : SPRM ambil keterangan menteri, warga China

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan tiga saksi termasuk menteri dan dua saksi utama warga China bagi membantu siasatan dakwaan rasuah yang dikatakan berlaku dalam insiden melibatkan seorang warga China di KLIA, baru-baru ini.

Artikel berkaitan : Dakwaan isu rasuah di KLIA : PM buat lawatan mengejut, jamin siasatan rapi

Insiden di KLIA, SPRM akan siasat semua pihak

Beberapa  pegawai imigresen yang terlibat juga akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara itu, hari ini.

Menurut sumber, SPRM juga telah mengenalpasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan “menyelesaikan” kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana  ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.

”Kami sedang giat mengesan individu yang merupakan agen yang dikatakan telah meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit”, katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki,  ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau mengesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan ini secara menyeluruh.

Loading...
Terkini