comscore
Tumpuan :
Nasional

Rasuah projek lebuh raya: Reman empat suspek termasuk CEO syarikat konsesi disambung 4 hari

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Reman empat suspek termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat konsesi lebuh raya yang dipercayai meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang disambung empat hari lagi.

Perintah reman bermula esok hingga 2 Julai ini dikeluarkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi selepas membenarkan permohonan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, SPRM telah menahan reman tiga pegawai syarikat konsesi lebuh raya termasuk seorang CEO selama empat hari selain turut menahan reman seorang lagi pegawai syarikat berkenaan selama tiga hari bermula Rabu lalu.

Kesemua suspek dipercayai telah meminta dan menerima rasuah daripada syarikat-syarikat yang mengambil alih kerja-kerja di dua projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang masing-masing bernilai lebih RM1 bilion dan kira-kira RM670 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penyambungan reman terhadap keempat-empat suspek berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini