comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Raymond Goh masih dirawat di hospital – Isteri 

 

 

KUALA LUMPUR: Isteri penyampai berita TV3 Raymond Goh, Faridah Teh menegaskan bahawa berita kematian suaminya adalah tidak benar seperti khabar angin yang tular semalam.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Faridah menjelaskan bahawa suaminya masih dirawat di hospital dan memohon agar orang ramai tidak mempercayai sumber yang tidak tepat.

“Pihak keluarga memberi perhatian kepada khabar angin yang menular mengenai kematian Raymond Goh. Kami ingin menegaskan bahawa khabar angin ini tidak benar.

“Raymond masih lagi hidup dan sedang dirawat di hospital di Petaling Jaya. Kami faham, perkara ini mungkin berlaku kerana ramai yang mengambil berat.

“Mohon abaikan sumber yang tidak tepat dalam menyalurkan maklumat,” katanya.

Faridah juga memohon agar mereka yang berkongsi berita kematian pembaca berita Nightline TV3 atau Mohd Zaman Goh itu agar memadam hantaran berkaitan.

“Pihak keluarga juga memohon kerjasama daripada semua pihak untuk memadam atau turunkan berita palsu, gambar yang tidak sepatutnya atau hantaran berkaitan kematian Raymond.

“Kami akan kongsikan berita terkini keadaan Raymond melalui kenyataan rasmi. Pihak keluarga mengucapkan terima kasih atas kasih sayang dan sokongan buat Raymond sejak beberapa minggu kebelakangan ini,” katanya.

Raymond yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran menerima rawatan di hospital selepas diserang angin ahmar.

Loading...
Terkini