comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Remaja lelaki maut, tercampak dari jejambat

Remaja lelaki berusia 18 tahun maut tercampak dari ‘jejambat’ selepas kereta dinaiki bersama tiga rakannya terbabit kemalangan di Jalan Skudai semalam. – Foto tular

JOHOR BAHRU: Remaja lelaki berusia 18 tahun maut tercampak dari jejambat selepas kereta yang dinaiki bersama tiga rakannya terbabit kemalangan di Jalan Skudai di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika kereta dipandu rakan mangsa dipercayai mengelak kereta yang memasuki laluannya di lorong kanan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, meskipun berjaya mengelak, keadaan hujan renyai dan jalan licin menyebabkan kenderaan terbabit melanggar pembahagi kanan jalan, lalu berpusing dan terbalik beberapa kali sebelum berhenti.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang sebelah kiri pemandu tercampak dan disahkan maut di lokasi kemalangan.

“Pemandu serta penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan, kecuali seorang disahkan patah kaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini