comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Remaja perempuan cemas tersangkut di buaian

BIDOR : Seorang remaja perempuan mengalami detik cemas apabila tersangkut pada buaian besi di sebuah taman permainan kanak-kanak  di belakang pasar Bidor, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memberitahu anggotanya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.55 pagi, menggunakan alatan menyelamat bagi memotong buaian berkenaan.

Remaja berusia 16 tahun itu berjaya dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, operasi oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bidor itu  berakhir jam 9.30 pagi.

Loading...
Terkini