comscore
Tumpuan :
Nasional

Nenek hantar cucu ke tadika maut terbabit nahas

Seorang wanita maut ketika dalam perjalanan untuk menghantar cucunya ke tadika dalam nahas membabitkan kereta dinaiki dua sekeluarga itu dengan sebuah motosikal di Kampung Changkat Kinding, Tanjung Rambutan, di sini pagi ini. – Foto: Ihsan JBPM Perak

IPOH: Seorang warga emas maut sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar cucunya ke tadika dalam nahas membabitkan kereta dengan sebuah motosikal di Kampung Changkat Kinding, Tanjung Rambutan, di sini pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, nahas berlaku jam 7.15 pagi tadi mengakibatkan wanita berumur 59 tahun yang memandu Perodua Viva, disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, penunggang motosikal yang terbabit dalam nahas itu iaitu seorang remaja lelaki berumur 17 tahun mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun digerakkan ke lokasi sebaik panggilan diterima melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) jam 7.17 pagi tadi.

Katanya, ketibaan bomba mendapati wanita berkenaan dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Viva, manakala remaja yang menunggang motosikal cedera parah.

“Wanita itu tersepit dan meninggal dunia di dalam kereta berkenaan. Turut berada dalam kereta sama ketika itu adalah seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun namun kanak-kanak berkenaan tidak mengalami kecederaan tetapi dirujuk juga untuk pemeriksaan lanjut.

“Berdasarkan maklumat, pemandu dan kanak-kanak itu dalam perjalanan ke tadika atau sekolah dan hubungan antara mereka adalah nenek dan cucu,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera dibawa ke hospital manakala yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini