comscore
Tumpuan :
Nasional

Rempit sebalik semak

Foto hiasan

SENAWANG: Lari dari polis tetapi masuk jalan mati. 

Tindakan sia-sia itu dilakukan tiga lelaki berusia 18 hingga 21 tahun yang cuba meloloskan diri ke kawasan semak namun gagal selepas diberkas pihak berkuasa. 

Ketiga-tiga mereka tiada lesen memandu serta memodifikasi motosikal menjadi punca mereka melarikan diri sewaktu serbuan dilakukan. 

Ada di antara mereka memberi alasan kegiatan ini merupakan hobi terhadap dunia permotoran sehingga sanggup melakukan aksi berbahaya walaupun tiada lesen memandu. 

“Datang healing setiap minggu dan tengok kawan berlumba, kalau penat saya tak berlumba, tapi tadi berlumba buat aksi ‘superman’.” 

Itu antara jawapan suspek apabila di soal pihak berkuasa tujuan menyertai kegiatan ini. 

Suspek juga mendakwa kelajuan yang dibawa ketika perlumbaan adalah sekitar 150 kilometer per jam (km/j).

Ketiga-tiga mereka dikenakan saman atas kesalahan pengubahsuaian motosikal yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Siasatan lanjut turut mendapati mereka boleh berdepan denda sebanyak RM1,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali kerana melanggar Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Risikan itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di sekitar Plaza Tol Senawang dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

Seramai 60 penunggang motosikal diperiksa Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, namun hanya sembilan yang ditahan. 

Menurut Pengarah JSPT  Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, 101 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan pada malam itu. 

Operasi secara berkala akan sentiasa dijalankan bagi membanteras gejala samseng jalanan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Bagi pendedahan penuh operasi dan pelbagai rangkuman kes sepanjang minggu, saksikan program 999 malam ini di TV3.

Program 999 bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam dan strim sekarang melalui Tonton!

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini