comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribuan rakyat Pahang gembira sambut keberangkatan balik Agong dan Raja Permaisuri

Foto: Jabatan Penerangan

KUANTAN: Ribuan rakyat Pahang mengambil peluang berkumpul dan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Pahang di sepanjang Jalan Kuantan-Gambang di sini, bagi menyaksikan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Selain pelajar sekolah serta pelajar institut pengajian awam dan swasta,turut berkumpul di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kem Batu 10, kakitangan kerajaan dan swasta.

Turut sama berkumpul dengan mengenakan pakaian rasmi ialah anggota TUDM dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Difahamkan lebih 5,000 orang rakyat pelbagai lapisan masyarakat berkumpul untuk melihat lebih dekat ‘Raja Berjiwa Rakyat’ yang menjadi kesayangan mereka.

Loading...
Terkini