comscore
Tumpuan :
Nasional

RM3.2 juta program makanan tambahan murid Orang Asli di TABIKA KEMAS

Foto NSTP: Ahmad Kamal Idris menandatangani plak sempena Program Hari Aspresiasi dan Amanat Ketua Pengarah Bersama Kakitangan KEMAS Daerah Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG: Sebanyak RM3.2 juta diperuntukkan bagi program bantuan makanan tambahan kepada anak Orang Asli di Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara.

Ketua Pengarah KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi, berkata jumlah itu akan memberi manfaat kepada 5,160 murid.

Katanya, makanan disediakan Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) yang mendapat bimbingan daripada segi kemahiran penyediaan makanan dari KEMAS.

“Seramai 5,160 anak Orang Asli berusia lima dan enam tahun belajar di 295 TABIKA KEMAS di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Hari Aspresiasi dan Amanat Ketua Pengarah Bersama Kakitangan KEMAS Daerah Gua Musang, di sini, hari ini.

Ahmad Kamal Idris berkata KEMAS 298 guru di perkampungan Orang Asli di seluruh negara dengan kolaborasi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi memastikan tiada yang tercicir dalam arus pendidikan negara.

Penduduk Orang Asli, Effariza Bahchot, 37, berkata peruntukan itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam usaha memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan.

“Usaha ini bermula dari peringkat kanak-kanak untuk memberi kesedaran pentingnya aspek pendidikan walaupun kami tinggal di pedalaman,” katanya yang menghantar kesemua lima anak di TABIKA KEMAS.

Loading...
Terkini