comscore
Tumpuan :
Jenayah

Rokok, arak seludup bernilai RM9 juta dirampas

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail (tiga dari kanan) menunjukkan rokok dan miniman keras yang dirampas pada Sidang Media susulan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit 2 berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok, minuman keras dan kenderaan di Pejabat Pelabuhan Kastam Utara. – Foto: NSTP

KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan arak yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan pengikraran palsu.

Ia selepas pemeriksaan dijalankan ke atas enam kontena dan satu premis di Pelabuhan Utara, di sini pada 14 Disember hingga 8 Januari lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah JKDM Norlela Ismail berkata, hasil pemeriksaan pihaknya merampas 12 juta batang rokok putih dan 6,365 liter minuman keras bernilai RM9 juta.

“Semua kontena yang membawa rokok putih dibawa dari China dan bertujuan untuk dipasarkan di negara ini.

“Sindiket melakukan pengikraran palsu terhadap kontena yang masuk antaranya seperti peralatan perayaan, perabut, pakaian, kotak dan perabut,” katanya pada sidang media di JKDM Pelabuhan Utara, hari ini.

Beliau berkata, bagi rampasan minuman keras pula, semua kontena diimbas menggunakan mesin pengimbas dan imej imbasan menunjukkan imej yang meragukan dan tidak konsisten dengan deskripsi yang dinyatakan.

“Hasil pemeriksaan menemui minuman keras yang dicampur dengan barang dagangan lain dan tidak mempunyai permit import.

“JKDM kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sindiket yang membawa masuk barangan berkenaan,”katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

“Orang ramai digesa membantu JKDM bagi memerangi jenayah penyeludupan khusunya rokok, minuman keras, mercun, dadah kenderaan dan lain-lain,” katanya.

Loading...
Terkini