comscore
Tumpuan :
Nasional

Rusuhan: Polis tidak bertolak ansur, beberapa suspek masih diburu

Foto tangkap layar rusuhan. – Ihsan orang awam

Kuala Lumpur: “Kita masih memburu beberapa lagi suspek berkaitan kes ini.”

Setakat ini polis sudah menahan 30 orang membabitkan kes rusuhan dalam urusan menunda kereta yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tangkapan terbaru membabitkan lapan suspek selain seramai 22 individu yang ditahan sebelum ini.

Menurutnya, ada antara mereka masih direman.

“Saya beri amaran keras kepada mereka yang terbabit bahawa pihak polis tidak akan bertolak ansur, kita akan cari sampai dapat, jangan cabar kita,” katanya kepada pemberita dalam Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini, hari ini.

Terdahulu, Selasa lalu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai satu kes rusuhan menggunakan senjata membabitkan beberapa orang suspek di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras di sini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian ini berpunca daripada satu kes kemalangan kereta dan pergaduhan dua pihak untuk menunda kereta itu.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini