comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sangka tidur rupanya sudah meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Lelaki ditemui meninggal dunia dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Panji Alam, di sini, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kamal Mohd, 52, yang dipercayai meninggalkan rumahnya di Kampung Bukit Depu, di sini, lebih sebulan lalu ditemui terbaring di atas wakaf di tanah perkuburan berkenaan oleh pencari kotak, Faizol Taib, 38, yang melalui kawasan berkenaan jam 5 petang.

Faizol berkata, dia kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum menghampiri mangsa yang terbaring di atas wakaf berkenaan.

Katanya, dia kemudian cuba mengejutkan mangsa yang disangkanya tidur sebelum mengesyaki mangsa sudah meninggal dunia apabila lelaki terbabit tidak terjaga.

“Kelmarin, saya sudah lalu di kawasan ini dan tengok mangsa seperti tidak sihat dan terbatuk-batuk.

Difahamkan, mangsa menghidap kencing manis dan batuk kronik tetapi enggan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sebelum pasukan forensik bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat bagi mendapatkan punca sebenar kematian mangsa.

Loading...
Terkini