comscore
Tumpuan :
Nasional

Sanusi nafi lombong haram `berlambak’ di Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan kebanyakan tapak perlombongan haram di negara ini adalah di Kedah kerana pihak yang terbabit dalam aktiviti lombong haram di negeri itu, sudah pun ditangkap dan didakwa.

Justeru, beliau menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof telah salah faham mengenai maklumat yang disampaikannya pada mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-2, semalam.

”(Sebanyak) 60 lombong haram yang saya sebutkan itu adalah daripada sumber agensi tertentu yang sampai kepada saya, tapi bukan hanya tertumpu di Kedah tetapi di seluruh negara.

“Hal ini diakui benar oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim dalam mesyuarat tadi. Lombong haram di Kedah yang ‘femes’ (terkenal) itu sudah dicekup dan didakwa.

“Maknanya yang masih beroperasi itu ada di tempat lain, bukan ‘berlambak’ di Kedah. Kalau ada betul lombong haram di Kedah, sekalian ‘pakar geologi dan pakar lombong PHBN’ sudah raya sakan,” kata beliau melalui Facebooknya.

Fadillah selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-2 di Putrajaya semalam, memaklumkan 60 tapak perlombongan haram dikesan di seluruh negara, dengan kebanyakannya dilaporkan di Kedah.

Beliau berkata, perkara itu diakui sendiri oleh Muhammad Sanusi.

Loading...
Terkini