comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarawak tambah RM41.48 juta untuk insentif pembayaran balik pinjaman PTPTN

KUCHING: Kerajaan Sarawak meneruskan insentif pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anak Sarawak pada tahun ini, dengan pertambahan peruntukan sebanyak RM41.84 juta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata bantuan itu akan dinikmati hampir 10,000 anak Sarawak yang meminjam PTPTN.

“Bermula semalam, sebahagian peminjam PTPTN dalam kalangan anak Sarawak telah menerima bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN, yang telah selesai membuat pembayaran pinjaman sebanyak 30 peratus secara konsisten.”

“Pemakluman melalui emel juga telah dibuat oleh pihak PTPTN kepada peminjam yang layak dan semakan secara dalam talian juga dapat dibuat di laman sesawang rasmi PTPTN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan insentif pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi membantu mengurangkan beban hutang golongan pelajar, setelah mendengar rayuan pelajar ketika Townhall Anak Sarawak anjuran Sarawak Volunteers pada tahun 2019.

Bermula 2020 hingga kini, seramai 22,000 peminjam telah menikmati pembayaran balik hutang PTPTN yang berjumlah RM77.99 juta.

Justeru, Lukanisman yang juga Ahli Parimen Sibuti berharap agar usaha berterusan membantu pendidikan anak Sarawak akan terus diperkasakan.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Sarawak yang menyelaras insentif ini dengan kerjasama pihak PTPTN.”

“PTPTN juga telah memaklumkan tidak perlu mengemukakan permohonan dan pihak mereka akan mengenal pasti mereka yang layak setelah tamat pengajian,” katanya.

Loading...
Terkini