comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Saya sudah ‘berehat dalam hati’ 2 tahun, saya akan kembali” – Ismahalil

 

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah bersyukur dengan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: “Beri saya waktu untuk berehat, saya sudah ‘berehat dalam hati’ selama dua tahun. Beri saya berehat dalam hidup. Saya akan kembali,”

Itu reaksi pertama bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, selepas keputusan dilepas dan dibebaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis.

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah (tengah) bersama isteri dan anaknya selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram dua tahun lalu. Foto : NSTP

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bekas DJ Ismahalil bebas, terlepas hukuman mati

Ismahalil yang memakai baju T dan berkopiah putih ditemui wartawan di luar mahkamah menyatakan kesyukurannya serta berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.

“Saya akan kembali kerana radio adalah ‘hidup dan nyawa’ saya. Insya-Allah saya kembali dengan nafas yang baharu,” kata pengasas Bapakku FM itu.

@buletintv3

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah berjalan keluar dari mahkamah selepas keputusan beliau dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah pada September 2021. #BeritaDiTikTok #IsmahalilHamzah #DJRadio

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Ismahalil berkata pihaknya berjaya mematahkan anggapan di bawah Seksyen 39 B berkaitan pemilikan.

“Apabila pemilikan tersebut hendak dibuktikan ialah pengtahuan, kawalan dan penjagaan. Mungkin dia mempunyai jagaan tetapi tidak mempunyai kawalan. Adalah tidak selamat untuk disabitkakn beliau” katanya.

Pada 21 Februari lalu, Ismahalil, 49, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini, pada jam 5.35 petang 27 Ogos 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952,  jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 12 sebatan.

Loading...
Terkini