comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Saya tak mahu terlalu berpolitik, penuhi amanah rakyat Sabah lebih utama’

FOTO: NSTP

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau mahu menumpukan usaha memenuhi amanah diberikan rakyat dan tidak mahu membuang masa melayan perkara tidak perlu atau terlalu berpolitik.

Hajiji berkata, beliau sedar ada yang tidak menyukai, malah mengkritiknya, namun sebagai Ketua Menteri usaha memajukan Sabah dan membantu rakyat lebih utama berbanding menjawab hal tidak patut ditimbulkan pihak tertentu.

“Saya tahu apabila dilantik menjadi Ketua Menteri, tanggungjawab saya semakin besar berbanding sebelum ini. Saya kena berfikir untuk kepentingan satu Sabah,” katanya berucap merasmikan Majlis Santuni Rakyat Sempena Sambutan Hari Natal di Kampung Dungang di sini, hari ini.

Sementara itu, Hajiji berkata, kesibukan melaksanakan tugas Ketua Menteri bukan alasan untuk tidak bertemu rakyat khususnya di Tuaran dan kawasan diwakilinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, malah beliau gemar menghadiri majlis santai bersama masyarakat di kawasan itu.

“Perasaan saya begitu dekat dengan rakyat di daerah ini. Jika ada keperluan, maklumkan kepada saya, jangan segan atau malu,” katanya.

Loading...
Terkini