comscore
Tumpuan :
Nasional

Sebuah rumah, 2 kereta musnah dalam kebakaran

FOTO: JBPM

SABAK BERNAM: Sebuah rumah dan dua kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Haji Ghazali, Kampung Banting, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.11 tengah hari.

Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah dan dua kenderaan di Jalan Haji Ghazali, Kampung Banting, Sabak Bernam semalam. – FOTO: JBPM



“Kebakaran membabitkan sebuah rumah kampung dan sebuah Proton Satria dan Proton Preve,” katanya yang dihubungi Berita Harian.

Punca dan jumlah kerugian masih disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini