comscore
Tumpuan :
Nasional

Selangor kutip RM38 juta, hasil caj plastik 20 sen

FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengutip RM38 juta hasil daripada kutipan caj beg plastik 20 sen sejak 2020 hingga 2023.

Menurut EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin, hasil kutipan itu digunakan untuk melaksanakan pelbagai usaha, termasuklah penamaan pokok, pemasangan lampu solar, sambutan hari bumi serta projek kebun komuniti.

Katanya, Karnival Alam Sekitar yang akan diadakan selama dua hari bermula 20 Julai ini turut menggunakan dana daripada kutipan caj tersebut.

“Pada karnival itu nanti, kita akan melakukan kajian untuk mendapatkan pandangan orang ramai sama ada perlu dinaikkan harga bagi caj beg plastik tersebut atau tidak, dalam memastikan keberkesanan kempen terbabit.

“Kerajaan Selangor sangat menghormati pandangan rakyat negeri ini justeru kita mahu tahu apa pandangan dan justifikasi mereka berhubung kempen ini,” katanya ketika sidang media bagi penganjuran Karnival Alam Sekitar Peringkat Negeri Selangor, di Lobi Wisma Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mengadakan kerjasama dengan Merdeka Centre bagi melaksanakan kajian terhadap kesedaran alam sekitar.

“Berdasarkan kajian mereka secara kesimpulannya memang ada penambahbaikan daripada kesedaran terhadap kelestarian alam menerusi kempen yang dijalankan kerajaan negeri termasuk kempen caj plastik 20 sen.

“(Kajian turut menunjukkan) Memang warga Selangor semakin sedar apabila ada antara mereka kalau pergi beli-belah akan dikenakan bayaran 20 sen (kalau mahu dapatkan plastik),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini