comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua 451 mangsa banjir telah dipindahkan ke PPS setakat tengah malam tadi

Chang meluangkan masa turun padang bertemu dengan mangsa banjir dan petugas di PPS terbabit. – FOTO: Ihsan keluarga

TANJUNG MALIM: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Chinggong, di sini, meningkat kepada 451 orang sehingga 12.15 tengah malam, ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muallim berkata, jumlah itu membabitkan 91 keluarga.

“Mangsa banjir membabitkan 122 kanak-kanak lelaki, 44 kanak-kanak perempuan, 142 lelaki dewasa, 137 perempuan dewasa dan enam orang kurang upaya (OKU) yang masing-masing tiga lelaki dan tiga perempuan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang turut meluangkan masa turun padang bertemu dengan mangsa banjir dan petugas di PPS terbabit.

Loading...
Terkini