comscore
Tumpuan :
Nasional

Kelantan jumpa Anthony Loke, 4 April

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor.

KOTA BHARU: Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada 4 April ini bagi membincangkan isu sekatan kemasukan bas dari Thailand ke Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata perkembangan itu dimaklumkan oleh pejabat menteri pagi tadi.

“Kita berharap hasil perbincangan berkenaan dan membuahkan keputusan yang positif untuk Kelantan dalam usaha meningkatkan jumlah pelancong ke Kelantan.”

Kompleks ICQS Rantau Panjang adalah antara laluan utama bagi pelancong untuk masuk ke Kelantan. Gambar fail.

Mengulas lanjut katanya, selain isu sekatan bas dari Thailand, beliau juga akan membincangkan isu pembesaran landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

“Sekarang ini apa yang kita lakukan adalah pembesaran terminal dan sebaik ianya siap, kita berharap pembesaran landasan juga boleh dilakukan bagi menjadikan LSTIP sebagai lapangan terbang antarabangsa.”

Tambah Kamaruddin, LSTIP sudah menyediakan tanah yang diperlukan dan tidak membabitkan pengambilan tanah penduduk.

Media sebelum ini melaporkan Kelantan akan mengadakan perjumpaan dengan Anthony berhubung larangan kemasukan bas dari Thailand ke negeri sempadan termasuk negeri itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini