comscore
Tumpuan :
Nasional

Setiausaha Agung FAM Letak Jawatan

FOTO: Harian Metro

KUALA LUMPUR: “Bukan direhatkan tetapi saya yang meletak jawatan.”

Demikian penjelasan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar yang menjelaskan keputusannya untuk meletakkan jawatan adalah untuk memberi fokus kepada kerjanya di luar negara.

“Saya mahu menumpukan tugas kepada kerja bagi perlawanan antarabangsa.”Jadi Setiausaha Agung ini adalah satu tanggungjawab yang besar dan bukannya mahukan populariti.

“Kita jalankan tugas atas arahan Presiden dan ahli jawatankuasa eksekutif dan melaksanakan apa jua keputusan yang diberikan,” kata Saifuddin.

Pada masa sama, Saifuddin menjelaskan tiada kesesalan untuk melepaskan jawatan terbabit sambil menganggap tempoh hampir setahun sebagai Setiausaha Agung FAM sebagai satu pengalaman yang baik.

“Bukan saya mahukan kredit tetapi satu pengalaman yang indah apabila skuad Harimau Malaya berjaya layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

“Saya beranggapan Sekretariat Agung turut menjadi tulang belakang dan wira tidak didendang di sebalik kejayaan itu,” katanya.

Sebagai rekod, Saifuddin memulakan tugasnya selaku Setiausaha Agung FAM pada 1 September tahun lalu bagi menggantikan Stuart Ramalingam yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Sepanjang setahun ini, banyak idea dan perancangan dilakukan oleh bekas Penolong Ketua Pertandingan Qatar Stars League itu antaranya membantu memantapkan pembangunan bola sepak wanita dan lain-lain.

Saifuddin adalah Setiausaha Agung yang ke-10 dalam sejarah FAM sejak tahun 1941 dengan Datuk Kwok Kin Keng adalah tokoh paling lama berkhidmat selama 31 tahun dari tahun 1948 hingga 1979.

Loading...
Terkini