comscore
Tumpuan :
Nasional

SHMMP:KPDN tidak terima aduan isu kenaikan harga barang melampau


PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menerima sebarang aduan dan rungutan berhubung isu kenaikan harga barang melampau sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023 dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata hasil maklumat dan pemantauan oleh pihak penguatkuasaan mendapati rata-rata pengguna, malah peniaga turut berpuas hati dengan skim harga itu.

“Setakat ini, tidak ada langsung aduan atau bantahan daripada pengguna berkenaan harga barang naik atau pelanggaran harga maksimum yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, di sini hari ini.

 

 

Salahuddin berkata kerjasama KPDN dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, media serta agensi berkaitan juga telah membantu pihaknya membuat pemantauan harga dengan lebih efisien.

Pada 12 April lepas, sebanyak 30 jenis barangan ditetapkan menerusi SHMMP 2023 yang bermula pada 15 April dan berakhir hari ini.

Loading...
Terkini