comscore
Tumpuan :
Nasional

Siang tukang cuci, malam jadi peneman lelaki di pusat hiburan

Sebahagian daripada 15 wanita warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam serbuan di pusat hiburan di Lebuh Farquhar di George Town awal pagi tadi. – FOTO: NSTP

GEORGE TOWN: Taktik 15 wanita warga asing menjadi peneman lelaki hidung belang terbongkar apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam serbuan di pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan kebanyakan mereka terdiri daripada tukang cuci pejabat, pembantu restoran dan pekerja spa.

Siasatan awal mendapati kebanyakan mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial atau pas lawatan kerja sementara.

Operasi bermula jam 11.15 malam yang diketuai Ketua Operasi JIM Pulau Pinang, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Izham Idris.

Menurut Pengarah JIM Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim ada di antara wanita warga asing terbabit cuba mengaburi pihak berkuasa dengan memberi alasan datang ke pusat hiburan itu atas jemputan rakan memandangkan esok (hari ini) cuti umum selain mahu meraikan hari lahir kenalan kepada rakan.

Tambah Nur Zulfa, kesemua wanita warga asing yang ditahan itu terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam.

“Mereka berusia antara 25 hingga 30 itu disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1963. Antara kesalahan yang dikesan termasuk menetap lebih masa, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menyalahgunakan pas,” katanya.

Kesemua wanita warga asing itu kemudian dibawa ke Depot Imigresen di Juru bagi siasatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini