comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Siasatan terhadap suspek ganggu penunggang di Jambatan Pulau Pinang tetap diteruskan

BUTTERWORTH: Siasatan terhadap pasangan suami isteri yang menganggu penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang, dekat sini, akan tetap diteruskan meskipun salah seorang suspek dikatakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketua Polis Negeri Datuk Khaw Kok Chin, berkata ia memandangkan perbuatan kedua-dua suspek berkenaan tetap menjadi satu kesalahan.

“Berdasarkan semakan, suspek lelaki dan wanita ini ada tiga rekod jenayah lampau dan sama ada suspek wanita ada masalah mental, kita akan semak termasuk juga status (pemegang kad OKU) yang hal ini kita sedang siasat.

“Walaubagaimanapun, dalam hal ini kita tegaskan bahawa kesalahan tetap menjadi satu kesalahan (yang boleh diambil tindakan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Dua, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan berhubung kes itu.

“Perintah reman selama empat hari sudah diperoleh bermula hari ini hingga 10 Februari (Sabtu ini) untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Ditanya status sebenar hubungan kedua-dua suspek, Kok Chin berkata, pengesahan awal yang diterima bahawa mereka berdua adalah pasangan suami isteri.

“Namun maklumat terbaru kita peroleh, suspek lelaki ini telah convert (memeluk) agama Islam manakala suspek wanita pula berbangsa Cina dan kalau ikut undang-undang apabila lelaki (Cina ) masuk Islam automatik isteri pun beragama Islam. Hal ini kita akan confirm (sahkan) kemudian,” katanya.

Media semalam melaporkan dua suspek berusia 37 dan 50 tahun ditahan susulan video tular yang memaparkan kelakuan berbahaya pasangan berkenaan.

Di dalam video yang dimuat naik di akaun Facebook (FB) Faizul Jojoe itu memaparkan seorang penunggang motosikal lelaki sedang membonceng seorang wanita dalam keadaan berbahaya.

Ketika itu suspek wanita didapati membaling sesuatu objek dipercayai pasir dan cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikal ditunggangi suaminya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini