comscore
Tumpuan :
Nasional

Sidang tergempar OIC: ‘Saya minta Menteri Luar hubungi Turkiye, Arab Saudi’ – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah meminta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghubungi pihak Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan kewajaran mengadakan sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi catatan di laman Facebook malam ini.

“Sidang ini juga harus melibatkan negara-negara seperti Brazil, Rusia dan China yang menyatakan sikap tegas menentang keganasan Israel,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri di Dewan Rakyat telah menyatakan sokongan Malaysia terhadap cadangan Turkiye dan Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat OIC bagi membincangkan isu Palestin.

Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel pula memaklumkan Bernama bahawa republik itu menjalin kerjasama erat dengan negara ini dalam isu Palestin termasuk berkaitan penyelarasan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau berkata perkara itu turut dibincang oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Anwar semasa lawatan dua hari Perdana Menteri ke Turkiye pada 21 Oktober lalu.

Loading...
Terkini