comscore
Tumpuan :
Sukan

Man City belum mahu adakan keraian

Pemain Manchester City, Erling Haaland (tengah) bersama rakan sepasukan meraikan kemenangan selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. – FOTO: Reuters

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata tidak ada keraian selepas pasukannya menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Keputusan itu meletakkan City di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dan hanya perlu menang dalam perlawanan terakhir untuk bergelar juara liga empat kali berturut-turut.

Sekali pun diletakkan selaku pasukan pilihan, City berada di bawah tahap sebenarnya dan perlu berterima kasih kepada penjaga gol gantian, Stefan Ortega yang menyelamatkan percubaan lewat Spurs sebelum Erling Haaland menyumbat gol kedua menerusi sepakan penalti pada waktu kecederaan.

“Kami gembira di bilik persalinan tetapi mereka tahu ini belum berakhir. Mereka tahu perlawanan pada Ahad nanti adalah sukar,” kata Guardiola.

Berdasarkan carta terbaharu liga, City kini mengumpul 88 mata manakala pencabar tunggal yang mampu menafikan peluangnya untuk bergelar juara liga, Arsenal cuma dua mata di belakang.

Pada perlawanan terakhir Ahad ini, City akan berdepan West Ham United manakala Arsenal menentang Everton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini