comscore
Tumpuan :
Nasional

Simpang laluan ke Genting Highlands dari Kuala Lumpur ditutup esok

KUALA LUMPUR: Simpang masuk ke Genting Highlands dari Kuala Lumpur di kilometer (KM) 36.5 akan ditutup esok bermula jam 11 pagi sehingga jam 4 petang.

Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1), ANIH Berhad berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kecemasan Digi di kawasan itu.

“Pengguna yang ingin ke Genting Highlands boleh menggunakan laluan pusingan U selepas terowong Genting Sempah untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.

“Bagaimanapun, ANIH Berhad akan membuka laluan terbabit sekiranya perlu demi memastikan kelancaran trafik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pengguna juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan pada waktu berkenaan demi keselesaan mereka.

“Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, sila ikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia) .

“Untuk sebarang kecemasan pula, sila hubungi LPT-Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88-7752,” katanya. -ends.

Loading...
Terkini