comscore
Tumpuan :
Nasional

Sistem data raya produktiviti pertanian perlu diwujudkan – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) perlu mewujudkan sistem data raya bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan produktiviti pertanian terutamanya melibatkan bekalan sayur-sayuran dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata, inisiatif itu penting bagi memastikan kementerian dapat membuat unjuran dan persiapan awal sekiranya berlaku risiko kekurangan bekalan.

Mohamad turut menyarankan sistem data raya yang bakal dibangunkan kelak mesti berupaya membekalkan maklumat-maklumat secara ‘real time’ yang merangkumi butiran jenis sayur yang sedang ditanam, jumlah dan lokasi pengeluaran, jumlah import, eksport dan permintaan serta kos pengeluaran.

Selain itu, Mohamad turut mengarahkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mengambil langkah intervensi bagi menyelesaikan kekurangan bekalan sayur.

“Pagi ini saya membaca laporan mengenai kekurangan bekalan sayur seperti kacang panjang, bendi dan terung.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya dan agensi terlibat seperti LPP dan FAMA untuk mengambil langkah intervensi segera untuk menambah dan mencukupkan bekalan,” tambahnya lagi.

Loading...
Terkini