comscore
Tumpuan :
Nasional

Sistem QR code mampu kurangkan 50% kesesakan laluan di sempadan Johor Singapura

JOHOR BAHRU: Kerajaan yakin sistem imbasan code respoMulai 1 Jun, kod QR akan ganti pasport di CIQ BSI, KSABnds pantas QR di pintu sempadan Johor – Singapura bermula 1 Jun depan mampu mengurangkan 50 peratus kesesakan di dua laluan masuk dan keluar ke Singapura.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, untuk tempoh percubaan QR Code hanya dihadkan kepada perkhidmatan bas di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan penunggang motosikal yang menggunakan sistem kawalan sempadan automatik M-bike di CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri.

Katanya, fasa pertama percubaan penggunaan QR code berkenaan adalah selama tiga bulan. Ia kemudian akan diperluaskan kepada kenderaan persendirian dan warga asing.

Fadillah (kiri sekali) ketika melakukan lawatan mengejut terhadap CIQ Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru awal pagi tadi.

“Dengan QR Code ini semua rakyat malaysia yang nak merentasi Singapura melalui Johor ini dia kena download apps sama ada melalui mysejahtera sekarang inilah melalui konsep ini dan ada lagi melalui sistem my trip dia ada kaedah maknanya dia download dulu boleh menggunakan telefon sahaja.”

“Bila dia lalu nanti sudah dia mendaftar menggunakan mydigital ID juga maka dia boleh keluarkan dengan guna handphone sahaja untuk masuk dekat gunakan QR code itu lebih cepat dan dijangka dapat menjimatkan 50 peratuslah waktu proses untuk dia keluar masuk” katanya pada sidang media di sini, pagi tadi

Sebelum itu beliau mempengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di pintu sempadan Johor Singapura, pagi tadi.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Datuk Saifuddin Nasution mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhilah Yusof meninjau kuanter Imigresen di CIQ BSI selepas mesyuarat khas menangani kesesakan laluan sempadan Johor Singapura, pagi tadi.

Katanya, penggunakan QR code itu akan mengurangkan tempoh menunggu pengguna bas di BSI dan KSAB hingga 83 peratus.

Manakala tempoh menunggu bagi pengguna motosikal di BSI dan KSAB pula dapat dikurangkan hingga 23 peratus.

Pada 11 Januari lalu, Malaysia dan Singapura bersetuju melaksanakan perjalanan tanpa pasport di pusat pemeriksaan darat menggunakan sistem QR code.

Sistem digital itu direka untuk menggantikan pasport berasaskan kertas dengan QR code, sekaligus dapat mempercepatkan proses pelepasan di pusat pemeriksaan.

Singapura telah memulakan inisiatif QR code di sempadan negara itu, pada 19 Mac lalu.

Perjalanan tanpa pasport itu merupakan antara inisiatif bagi menyokong pembangunan zon ekonomi khas SEZ Johor-Singapura.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini