comscore
Tumpuan :
Nasional

Skor TP dimansuh, ganti kepada peratus & gred

PUTRAJAYA: Pelaporan tahap penguasaan (TP) Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), bagi semua mata pelajaran murid di sekolah akan diganti dengan penilaian dalam bentuk peratus dan gred, mulai sesi persekolahan ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang keliru dengan pelaporan tahap penguasaan sebelum ini.

“Yang menjadi pertikaian sebelum ini adalah kerana ibu bapa dia mempersoalkan bagaimana nak diukur anak mereka ini maknanya TP6 itu maksudnya apa, tapi sekarang ini takde dah lah maknanya dia akan dapat terus melihat kepada dia punya peratus dan gred,” katanya pada Sidang Media Khas Intervensi Kurikulum di sini hari ini.

Jelasnya, penggunaan tahap penguasaan bagaimanapun masih diguna pakai dalam pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah, (PBD).

Pelaporan berkenaan boleh diakses ibu bapa secara dalam talian melalui sistem pengurusan pentaksiran bersepadu bermula sesi akademik 2024/2025.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini