comscore
Tumpuan :
Nasional

SOP NR-REE akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat

Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

BANGI: Prosedur operasi standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi, SOP itu adalah hasil perbincangan antara Kementerian Ekonomi; Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Dialog Bersama Belia dan Majlis Pelancaran Program Latihan Kendiri Dalam Talian – Green Technology and Climate Change Essentials di Karnival Pekerjaan Hijau di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata pihaknya akan memastikan perlombongan dibuat secara bertanggungjawab kepada alam sekitar.

Pada masa sama beliau menafikan SOP itu perlu dibentangkan di peringkat parlimen.

Jelas Nik Nazmi, perbincangan akan terus diadakan dengan pihak berkuasa susulan kemunculan beberapa laporan terbaharu mengenai perlombongan nadir bumi itu.

Tambah Nik Nazmi, ketika ini pihaknya juga sedang menyiapkan pelan yang meliputi pembangunan NR-REE dari peringkat perlombongan sehingga hiliran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini