comscore
Tumpuan :
Nasional

[ VIDEO] SPRM sahkan Rohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM mengesahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan sudah memulangkan wang AS$10 juta serta aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan demikian ketika dihubungi Buletin TV3.

Laporan media memetik sumber mendedahkan kesemua wang termasuk aset  terbabit dipulangkan kepada kerajaan tahun lalu selepas siasatan SPRM selesai.

Menurut sumber, siasatan mendapati Rohana tidak  mengetahui sumber dana dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner.

Justeru, Rohana telah memulangkan keseluruhan jumlah wang dan aset itu secara sukarela kepada kerajaan dan siasatan membabitkan beliau berkaitan dana 1MDB selesai.

Tiada tindakan undang-undang susulan terhadapnya.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan aset 1MDB yang telah berjaya dikembalikan adalah RM28.93 bilion iaitu lebih kurang 70 peratus.

Loading...
Terkini