comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM tahan pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan 

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wanita yang merupakan pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu kerana disyaki mengemukakan dokumen permohonan bantuan program ‘Back to School’ yang mempunyai butir matan palsu kepada sebuah syarikat Government Linked Company (GLC) di Terengganu.

Wanita tersebut didakwa mengemukakan tuntutan bantuan berjumlah RM5,000 untuk diagihkan kepada 100 pelajar asnaf yang disenaraikan namun penerima yang disenaraikan didakwa tidak pernah menerima bantuan serta program Back to School tersebut tidak pernah diadakan.

Suspek wanita yang berusia awal 40-an ditahan kira-kira jam 12 tengahari tadi di pejabat SPRM Negeri Terengganu ketika hadir memberi keterangan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok untuk pertuduhan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini