comscore
Tumpuan :
Nasional

Stor komputer sekolah terbakar

PETALING JAYA: Stor komputer sebuah sekolah di Taman Yarl, ibu negara musnah dalam kebakaran pagi ini.

Kebakaran memusnahkan kira-kira 60 peratus ruang stor berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 pagi.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling dan Seputeh segera dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 7.42 pagi.

Kebakaran tidak melibatkan mangsa.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini