comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] STR ditambah jika subsidi bersasar membebankan

 

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia menambah kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah jika pelaksanaan subsidi bersasar kelak memberi kesan kepada golongan rentan dan memerlukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan subsidi bersasar akan terus diambil kira semasa pentadbirannya.

Namun, pada masa sama, kerajaan akan menyediakan jaringan keselamatan lebih efektif untuk golongan rentan dan miskin.

“Tidak ada kadar tambahan rakyat, tapi tidak untuk 10 peratus yang teratas, subsidi akan ditarik. Maknanya, kita dapat menyelamatkan hampir RM4 bilion daripada penyasaran subsidi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional Keadilan 2023 di sini, malam tadi.

Jelasnya, langkah subsidi pukal tidak lagi relevan dan mampan tatkala kos menampung terus membengkak setiap tahun.

Ujar beliau, subsidi kepenggunaan pada 2022 sahaja berjumlah RM77.3 bilion yang meliputi subsidi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan elektrik, lantas menjadikan ia jumlah subsidi tertinggi dalam sejarah.

Katanya, jumlah subsidi boleh meningkat kepada RM81 bilion bagi tahun mendatang jika tidak ditangani segera.

Loading...
Terkini