comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Bank Dunia gesa kerajaan naikkan cukai golongan berpendapatan tinggi

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Bank Dunia cadang kerajaan mengatasi isu penurunan pendapatan negara menerusi pencukaian individu yang lebih optimal khususnya bagi golongan berpendapatan tinggi selain pelaksanaan subsidi bersasar.

Menurut Ketua Pakar Ekonominya Apurva Sanghi, Malaysia
telah mengalami penurunan pendapatan sejak 10 tahun lalu.

“Meskipun kerajaan telah berjaya mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30% sejak 2012, namun langkah penjimatan sahaja tidak mencukupi dan kerajaan perlu fokus kepada penambahan pendapatan.” kata beliau dalam taklimat media mengenai prospek ekonomi Malaysia.

Peruntukkan subsidi mewakili 2.4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK).

Katanya, kerajaan harus kemukakan rancangan untuk ke arah rangka kerja subsidi bersasar yang akan memberi manfaat kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Jelasnya lagi, Strategi Hasil Jangka Sederhana juga wajar dilaksanakan bagi memberi fokus kepada penambahan pendapatan negara.

Ini antara cadangan lain yang dikemukakan bagi menambah pendapatan negara pada masa kerajaan belum memberi hala tuju jelas mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Untuk rekod, Malaysia masih merekod defisit fiskal sejak Krisis Kewangan Asia pada 1997.

Katanya lagi, Malaysia harus beralih daripada ekonomi kepenggunaan kepada ekonomi diterajui pelaburan yang secara langsung akan meningkatkan gaji pekerja tempatan.

Loading...
Terkini