comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Suami isteri maut, anak perempuan cedera dalam kebakaran

PETALING JAYA: Suami isteri maut selepas kediaman mereka di Damansara Utama, Selangor dijilat api awal pagi tadi.

Kejadian jam 5 pagi itu turut mengakibatkan anak perempuan mangsa cedera namun berjaya diselamatkan.

Bertindak atas maklumat, pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dan BBP Petaling Jaya digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan motosikal Unit RIM sebaik panggilan diterima jam 5.13 pagi.

Menurut Komander Operasi Kanan, Ramli Haron, kebakaran itu melibatkan tingkat atas di bilik utama dan di bahagian bawah ruangan dapur sebuah rumah dua tingkat.

Anggaran kemusnahan adalah kira-kira 70 peratus.

Seorang mangsa iaitu remaja perempuan berusia 14 tahun berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba.

Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mencari 2 lagi mangsa dan menemui mayat mangsa masing-masing berusia 61 dan 55 tahun.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini