Tumpuan :
Nasional

Sultan Johor terima menghadap jawatankuasa majlis rasmi kerajaan

Foto: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Facebook

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar  berkenan menerima menghadap delegasi Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut satu hantaran di Facebook baginda, delegasi jawatankuasa berkenaan yang menghadap baginda diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Awang Alik Jeman.

Hadir sama, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Datuk Rozainor Ramli dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Foto: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Facebook

Sesi menghadap itu berlangsung selama hampir dua jam.

Sultan Ibrahim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17, bagi tempoh lima tahun, bermula 31 Januari tahun depan.

Terdahulu, turut menghadap baginda di Kuala Lumpur ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani. – BERNAMA

Loading...
Terkini