comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada terima menghadap sehingga 31 Januari -Sultan Ibrahim

 

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda bermula hari ini sehingga 31 Januari.

Dalam titah kepada Royal Press Office (RPO) yang dimuat naik dalam Facebook hari ini, baginda juga memaklumkan ketetapan itu terkecuali bagi majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor serta kerajaan negeri.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap.

“Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari ini.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga selama lima tahun dan mulai dari tarikh sama.

Pelantikan baharu itu bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan pemerintahan berkuat kuasa 30 Januari 2024.

Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

Loading...
Terkini