comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Pahang mohon doakan Tengku Hassanal cepat kahwin

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika memeriksa barisan kehormat pada Istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang.-Foto: NSTP

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon mendoakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah segera mendirikan rumahtangga.

Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini hari ini.

“Beta mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan berterima kasih kepada pasukan anakanda saya yang telah memegang tugas dan tanggungjawab sebagai Pemangku Raja Pahang selama lima tahun sewaktu saya menjadi Yang di-Pertuan Agong.”

“Terima kasih juga kepada semua, khususnya Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail), Setiausaha Kerajaan Pahang (Datuk Seri Zulkifli Yaacob), Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memberi segala dorongan, sokongan dan tunjuk ajar sepanjang tugasan paduka anakanda sebagai Pemangku Raja Pahang.”

Mudah-mudahan anakanda saya dapat mencari selok belok tentang urusan tadbir urus sebuah negeri Pahang dan mudah-mudahan juga kita doakan supaya Tengku Hassanal cepat kahwin,” titahnya.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bergambar dengan ADUN negeri Pahang pada Istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang.-Foto: NSTP

Pada titah itu juga, baginda menzahirkan rasa bangga dengan usaha kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat Pahang tidak pernah dilupakan dengan meneruskan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) membabitkan 20 jenis bantuan dengan peruntukan RM38.08 juta.

“Beta percaya berdasarkan prestasi cemerlang yang dicapai, kerajaan negeri berupaya untuk meneruskan lagi program bantuan seperti ini bagi memastikan lebih ramai lagi rakyat beta yang dihimpit kemiskinan terus mendapat perhatian yang sewajarnya.”

“Selain itu, beta amat gembira dengan pelaksanaan program Rumah Rakyat Pahang (RRP) sejak 2020 sehingga ke hari ini yang diberikan secara percuma kepada rakyat beta yang dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar yang tidak memiliki rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur untuk dibaiki; rumah tersebut dibina dengan kos RM75,000 seunit dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan beta,” titahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini